Monday, 31 December 2012




@... Buah Delima ...@


Ternyata buah delima merupakan antara buah-buahan yang paling kaya dengan khasiatnya. Hal ini terbukti sehingga mana Rasulullah SAW ada menyebut tentang buah delima dalam hadisnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Siapa yang tidak kenal buah delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk, warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan. Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil disyurga. Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran, kehidupan dan kematian kerana biji-biji buah Delima mengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.





Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)



Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.




Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
·         Membaikpulih fungsi hati dan limpa
·         Mencuci buah pinggang dan salur kencing
·         Membantu penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Menambah tenaga
·         Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
·         Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
·         Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
·         Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
·         Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
·         Mencantikan kulit

Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-




·         Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

·     Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

·       Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .

Lihatlah betapa banyaknya khasiat buah delima ini sehingga Rasulullah SAW juga bercakap mengenainya. Tidak semua tempat ada menjual buah delima tidak seperti buah-buah yang lain. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti yang disebutkan di atas, cubalah amalkan Insha Allah buah delima dapat mengurangkan masalah kesihatan.

Sunday, 30 December 2012




... Rahsia Disebalik Halba ...


     Sebenarnya amat jarang sekali kita mendengar tentang halba. Namun apakah kelebihan dan khasiat halba ini. Halba sebenarnya digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. 

    Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India. 




  Jika tidak digunakan dalam masakan, cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.

Kegunaan Halba :-


1.      Diminum sebagai teh 
2.      Teh halba+madu
3.      Untuk anak-anak yang baligh
4.      Untuk ibu menyusu
5.      Halba juga adalah ramuan tradisi untuk menambah nafsu lelaki dan wanita.





Buah tin…enak dan berkhasiat... Anda dah cuba?
31 Dis
Buah tin atau buah fig adalah sejenis buah-buahan kering yang banyak terdapat di Timur Tengah.Selalunya kita dapat rasa buah ini bila orang balik dari Mekah. Tapi sekarang ramai yang membekalkan buah kering ni secara online atau offline.
Ada jenis yang kecik dan ada juga yang besar dan jenis yang kering dan basah. Yang paling elok yang jenis kering kerana ia membekalkan lebih dari 6 kali ganda kalori kepada tubuh kita.
Kenapa buah tin berkhasiat? Antaranya kerana :-

* Buah tin yang kering ini kaya dengan protin , lemak dan kabohidrat
* Melancarkan pelawasan bagi mereka yang menghidap buasir
* Menyingkirkan toksik serta membuang lendir dalam usus





Buah Tin dan 1001 rahsia kesembuhan yang ada padanya...

Allah bersumpah atas nama buah TIN!!surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran)..

KERANA keistimewaannya .....

Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten
dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah :

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT 
  9. Mengurangkan batuk yang berpanjangan dan melapangkan dada. 
  10. Membersihkan hati (kidney) dan jantung 
  11. Membersihkan lendir dalam usus
  12. Membantu melawaskan kencing
  13. Menyembuhkan penyakit bengkak telinga 
  14. Mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.










Kebaikan Buah Naga Untuk Kesihatan

Siapa pernah makan buah naga? Anda kenal tak buah naga ni macammana rupa bentuknya? Setakat yang saya nampak dan rasa, buah naga ada beberapa warna iaitu warna ungu , warna putih dan kuning.










Rasanya manis dan banyak air. Apa kelebihan buah naga ini ?
Jom kita tengok :

·         Kaya dengan vitamin c, kalsium dan karbohidrat
·         kandungan serat yang tinggi dan bagus untuk mereka yang mengalami masalah sembelit juga mengekang penyebab penyakit kanser
·         mampu menurunkan paras kolestrol, menseimbangkan gula dalam darah dan melancarkan proses pencernaan

Kepada sesiapa yang belum pernah cuba dan ada masalah kesihatan, elok cuba amalkan makanan yang natural ini dan kurangkan pengambilan suplement perlahan-lahan.
Kalau anda sedang mengandung, elok makan untuk elakkan sembelit yang selalu berlaku pada wanita mengandung.

Kalau anda baru lepas bersalin atau dalam pantang pulak, saya nasihatkan jangan sebab buah naga ni dalam kategori sejuk.Makanlah waktu dah habis pantang nanti.

Kita jumpa lagi... !!


Wednesday, 26 December 2012





Banjir di Kelantan Darul Naim Tahun 2012

Lokasi : Sungai Kelantan

Kami pelajar Latihan Industri di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) sempat menjejakkan kaki ke salah satu kawasan banjir yang merupakan kejadian yang sering berlaku apabila tiba musim tengkujuh pada setiap tahun. Kepada semua mangsa banjir, diharapkan anda dapat bersabar dengan musibah yang berlaku..sesungguhnya setiap perkara yang diuji oleh Allah SWT pasti ada hikmah di sebaliknya, Insya-Allah..

Kepada ibu bapa diluar sana, pantaulah anak-anak anda kerana malang tidak berbau.."main air, main air jugak...tapi yang cetek jelah ye adik-adik..yang dalam tu tengok-tengok jelah..snap-snap gitu.." :) Sekadar renungan bersama...








Antara Punca Banjir ialah :

1. Kesan pembangunan

2. Kekurangan kawasan tanah lapang

3. Kelemahan dalam sistem perparitan

4. Saliran kawasan kajian adalah pada aras tanah yang rendah

Tuesday, 25 December 2012

Motivasi Pengurusan Kecemerlangan oleh YM Raja Shamri Bin Raja Husin Part 1

Pada 24 Disember 2012 iaitu pada hari Isnin, pihak SUK Kelantan telah menganjurkan satu program motivasi 'Pengurusan Kecemerlangan' yang disampaikan oleh YM Raja Shamri Bin Raja Husin. Kami sebagai pelajar praktikal dari Politeknik Kota Bharu (PKB) secara langsungnya telah menjayakan program tersebut. Motivasi ini diadakan di Dewan Bungai Teratai yang terletak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu.

Disini kami lampirkan beberapa keping gambar ketika berlangsungnya program motivasi tersebut....

Atur cara majlis...

 Pendaftaran...

 Dewan Bunga Teratai...







YM Raja Shamri Bin Raja Husin


Sekian Terima Kasih...
Part 2 akan menyusul........

Saturday, 22 December 2012

Sejarah Negeri Kelantan

                          

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.





Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pad akhir abad ke-15.

Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.


                                   


Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.

 


Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.